Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sekitar jam lima petang tadi.
Untuk itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berwaspada dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan berikutan kejadian banjir kilat melibatkan lebih 10 laluan di pusat bandar.
Teruskan MembacaAntara laluan yang terlibat iaitu Jalan Yaacob Latif, Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Damansara dan Jalan Maharajalela.
Selain itu, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Jalan Cheras, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Travers serta Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Bagaimanapun, paras takungan air di kesemua laluan dilihat masih dalam keadaan terkawal dengan trafik bergerak perlahan.