Terkini

PM Anwar perhalusi saranan G70 mengenai Malaysia Madani

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pertubuhan Profesor G70 yang diketuai Penasihatnya, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di pejabat beliau di Putrajaya pada Rabu.

Anwar teliti saranan dilontar kumpulan G70

Menerusi catatan di Facebook, Pengerusi Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memaklumkan dalam pertemuan itu beliau mendengar dan meneliti saranan G70 bagi membantu serta memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia Madani.

“Saya menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia, pelbagai peringkat umur dan taraf kehidupan.

“Insya-Allah syor dan saranan daripada G70 akan diperhalusi dan diterjemahkan kepada tindakan bagi manfaat serta kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak meneruskan usaha berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama.

Pada 19 Januari lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’.

Gagasan Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Pelbagai

Scroll to Top