Terkini

Restoran nasi kandar terbakar, seorang pekerja melecur

SEBUAH restoran nasi kandar yang terletak di Jalan Bangsar Utama 8, Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 11.44 pagi, Rabu.

Susulan insiden itu, pekerja terbabit hampir maut apabila mengalami melecur hampir separuh badan.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, 44 anggota bomba dikejarkan ke lokasi.

“Seramai 44 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas bersama beberapa buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 11.51 pagi mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar berkeluasan 40×100 kaki persegi dan terbakar 70 peratus,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa yang berumur 45 tahun itu terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Pihak hospital memaklumkan, 80 peratus badan mangsa melecur ekoran kebakaran itu,” katanya.

Walaubagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top