Dakwaan seorang lelaki ‘hilang’ ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit akhirnya terjawab apabila siasatan polis mendapati mangsa sebenarnya melarikan diri daripada pemungut hutang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki itu dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian jenayah berlaku terhadapnya.
Teruskan Membaca“Mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam dan dalam keadaan selamat. Tiada apa-apa kejadian (seperti didakwa) berlaku keatas penama tersebut.
“Mangsa melarikan diri atau menyembunyikan diri dari pemungut hutang,” katanya.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 27 tahun dikatakan diselamatkan pemandu lori selepas dilaporkan hilang selama empat hari.
Lelaki tersebut dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.
Sabtu lalu, ibu saudara kepada lelaki itu menerusi Instagram memaklumkan, anak saudaranya yang didakwa hilang sebelum ini telah kembali dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun wanita itu memaklumkan muka dan badan anak saudaranya itu dalam keadaan teruk selain masih trauma dengan apa yang berlaku.
Sebelum itu, KualaLumpurViral melaporkan seorang lelaki didakwa tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas membuat urusan penjualan telefon dengan pelanggan yang tidak dikenalinya dan kali terakhir dikesan berada di Pulau Pinang.