PM Anwar hulur bantuan pada penyanyi Zaiton Sameon

Kesulitan hidup yang dialimi penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67 tahun, telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantar wakilnya iaitu Setiausaha Politik  Ahmad Farhan Fauzi untuk melawat serta menyampaikan bantuan. 

Kata Ahmad Farhan, pada lawatan berkenaan, pihak Perdana Menteri menyumbangkan bantuan ikhlas berupa wang tunai kepada Zaiton dan bakul makanan sebagai tanda prihatin kepada kesempitan hidup penyanyi lagu ‘Menaruh Harapan’ itu. 

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?