KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, hari ini menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan menyokong mana-mana individu yang menyokong rejim Zionis, sambil menyindir Perikatan Nasional (PN) yang didakwa menjadikan Yusoff Rawther sebagai alat politik semata-mata kerana dendam terhadap Perdana Menteri.
“Simpati tetap simpati… tapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu,” kata Dr Akmal dalam kenyataan yang dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz, yang sebelum ini mempersoalkan ‘kehilangan suara’ Pemuda UMNO dalam isu Yusoff Rawther.
Teruskan Membaca“Saya tak sokong penyokong Israel”
Yusoff Rawther, yang kini terlibat dalam tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, sebelum ini pernah menulis artikel bertajuk “One Malaysian, Standing with Israel” yang jelas menyokong Zionisme, memperlekeh umat Islam dan menyamakan rakyat Palestin dengan pengganas.
Namun tindakan pemimpin PN memberi sokongan moral kepadanya dibidas Dr Akmal sebagai politik tanpa prinsip.
“Ramai lagi rakyat Malaysia yang layak dibela.
Mereka yang pernah puji Zionis dan hina perjuangan Palestin bukan salah seorang daripada mereka.”
Sindiran Pedas: “Jangan Tinggalkan Abang Belon Separuh Jalan”
Dr Akmal turut menyentuh isu “Abang Belon” yang dikaitkan dengan pembangkang:
“Dia pilih kamu jadi peguam, kamu bawa dia keliling kampung, siap buat sidang media. Jangan bila tak laku ditunggang, kamu tinggal dia separuh jalan.”
Penutup: “Saya teguh dengan prinsip, kamu pula?”
“Sebelum tanya mana suara Ketua Pemuda UMNO, tanya dulu mana suara Ketua Pemuda kamu dalam isu sokongan kepada penulis pro-Israel.”