JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil menghulurkan sumbangan kepada tujuh orang waris yang berdaftar dalam Skim Prihatin di Wisma YWP, Kampung Baru, baru-baru ini.
YWP dalam satu kenyataan berkata Skim Prihatin merupakan inisiatif dalam menyediakan Skim Khairat Kematian kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Teruskan Membaca“Ia bertujuan untuk meringankan beban keluarga khususnya warga Wilayah Persekutuan apabila berlaku kematian. Di bawah skim ini, YWP akan memberi bantuan kepada waris ahli yang telah berdaftar dan hanya waris yang layak sahaja boleh membuat tuntutan,” jelasnya.
YWP berkata, bagi melayakkan seseorang menjadi ahli di bawah skim tersebut individu itu hendaklah berumur 21 hingga 75 tahun semasa pendaftaran selain mengundi dan menetap di Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, sejak tahun 2010, seramai 4,539 ahli telah menuntut Skim Prihatin yang disediakan oleh YWP.
Terdahulu, sumbangan berupa cek disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP, Datuk Parang Abai @ Thomas diiringi Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi JWP, Mohd Sharif Mohamad Yaakob serta Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komuniti, Komunikasi Strategik dan IT YWP, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir. – WILAYAHKU
Baca juga: