Kejadian kereta dinaiki bersama isteri dan anak bongsunya yang berusia lima tahun terbakar malam şemalar membuatkan pelakon, Roy Azman, 53, mengalami trauma hingga demam.
Dalam kejadian 12.05 tengah malam di Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Putra Mahkota itu, kereta jenis Peugeot GCZ itu musnah 100 peratus selepas terbakar.
Teruskan MembacaRoy atau nama sebenarnya, Zairosminan Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia trauma kerana masih lagi mengingati kejadian itu yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga.
“Selepas kejadian itu, semalam saya demam sebab adalah trauma sedikit berikutan masih terngiang-ngiang lagi insiden kemalangan yang berlaku. Saya bersyukur sangat sebab kami semua selamat.
“Maksudnya, kalau diikutkan isteri saya susah sedikit nak buka bahagian tempat duduk belakang kereta itu untuk suruh anak masuk atau keluar. Ia agak payah kerana tersekat-sekat.
“Tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab permudahkan ketika kejadian itu apabila dengan sekali buka saja, isteri saya terus dapat tarik anak kami keluar dari kereta.
“Memang banyak sangat Allah permudahkan waktu itu (semasa kereta terbakar). Selepas kemalangan, saya terus pergi buat laporan polis hingga jam 6 pagi dan kemudian jam 8 pagi, ada penggambaran pula,” katanya kepada Harian Metro.
Roy berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Puncak Alam untuk pulang ke rumah di Bandar Seri Putra.
“Kereta itu baru diambil dari bengkel di Ampang petang kelmarin selepas siap ‘overhaul’. Kemudian kami keluar makan dengan kawan-kawan di Puncak Alam,” katanya.
Ditanya juga apa punca kereta itu terbakar, Roy berkata, buat masa ini dia masih tidak tahu lagi punca sebenar dan menunggu laporan daripada pihak bomba serta bercadang berjumpa dengan pihak bengkel juga.
Terdahulu, Roy berkongsi kejadian menimpanya bersama isteri dan anak bongsu itu dengan memuatnaik video dan gambar keretanya sedang terbakar di Instagram dan Facebook kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Baca juga: