Bagi yang masih mengingati Adi Putra, beliau pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik khususnya dalam pengetahuan alegbra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit)
Ketika berumur enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak ini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti of Oxford dan Harvard Universiti.
Teruskan MembacaKini, beliau yang sudah berumur 24 tahun mengumumkan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkarnin, 27 tahun, pada tanggal 19 Julai lalu.
Katanya, dia sudah lama berkenalan dengan Siti Sarah. Mereka mula bersua menerusi Instagram, pada waktu itu Adi sedang mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di DM menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar.”
“Kami ambil masa 7 tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai.”
Jelas Adi lagi, dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini, manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun depan.
Dalam pada itu, Adi menjelaskan bahawa sikapnya yang suka ‘mendiamkan diri’ daripada mendapat perhatian umum telah membuatkan ramai rakyat Malaysia ingatkan Adi sudah pindah ke luar negara.
“Ada yang jumpa saya, dia tanya ini betul Adi ke? Mereka fikir saya dah pindah cari kerja di luar negara. Sebenarnya tidak, saya sentiasa ada di Malaysia. Berkerja di sini juga,” katanya.