Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Malaysia di Indonesia untuk menyertai acara wacana dan diskusi yang bakal diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta, yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.
Menurut perkongsian di laman Facebook, jemputan tersebut terbuka kepada semua warga Malaysia, termasuklah mahasiswa dan anak muda yang berada di Indonesia.
Teruskan MembacaAcara tersebut bakal dihadiri selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina.
“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” katanya dalam perkongsian di hantaran yang sama.
Pendaftaran acara wacana dan diskusi ini, boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.