Bekas Vokalis kumpulan Jinbara, Tia yang disahkan menghidap kanser hati meninggal dunia kira-kira jam 9.17 malam tadi di Hospital Shah Alam, Selangor.
Berita pemergian penyanyi itu disahkan isteri Allahyarham, Suzan Ahmad ketika dihubungi sebentar tadi.
“Ya betul, suami saya baru meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya.
Terdahulu Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di HSA.
Dia dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sakit perut. Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan yang terakhir, CT Scan, barulah doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada hati iaitu barah.
Baca juga: