Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin hadir ke Dewan Rakyat untuk mencabut plat nama ayahnya. Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Fatihah meluahkan rasa sayu dan sebak kerana terkenangkan arwah ayahnya.
“Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat. Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.
Teruskan Membaca“Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai,” luah anak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu.
“Parlimen telah menjadi satu keluarga besar buat ayah. Menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).
“Secara peribadi, Parlimen adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof 2018-2020.
“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022. Sepanjang tempoh tersebut saya diberikan kepercayaan oleh ayah untuk menguruskan segala hal ehwal parlimen ayah,” katanya.