Bekalan bawang di pasaran dalam negara ketika ini mencukupi dan stoknya masih mampu bertahan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Beliau berkata susulan tindakan India yang mengehadkan eksport bahan itu, kerajaan sedang berusaha mendapatkan bekalan bawang dari beberapa negara lain walaupun ketika ini bekalan dalam negara masih belum terjejas.
Teruskan Membaca“Setakat ini tidak ada masalah (bekalan bawang) sebab kita masih ada stok lama dan kita juga sedang mencari sumber daripada negara pengeluar-pengeluar lain selain India.
“Saya kira stok bawang sedia ada akan dapat bertahan untuk tempoh lama kerana daripada maklum balas industri, mereka memaklumkan tidak mengalami masalah dalam mengawal stok,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Lulu Hypermarket di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan India yang mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum AS$800 setan, berkuat kuasa 29 Okt hingga hujung tahun ini.
Baca juga: