Subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan wang tunai.
Walaupun tiada lagi subsidi dan kawalan, kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga secara mendadak ke atas bahan mentah itu dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Teruskan MembacaDua hari lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dantelursejak Februari 2022.
Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim di laman sesawangnya menyebut kerajaan dapat menjimatkan RM100 juta sebulan susulan langkah mengapungkan harga ayam seterusnya membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.