Seramai 10 lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan berebut untuk menunda kereta yang terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek sebelum ini diberkas dipercayai terlibat dalam pergaduhan.
Teruskan MembacaPihaknya dimaklumkan orang awam berkaitan kejadian rusuhan menggunakan senjata, jam 1.37 pagi.
“Kesemua suspek berumur 22 hingga 44 tahun itu diberkas di sekitar Kuala Lumpur sebelum direman selama dua hari bermula hari ini (Selasa) untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Isnin lalu, beberapa individu diberkas disyaki terlibat dengan insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini.