Pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di daerah ini pada 13 September lalu, akhirnya ditemui semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih.
Teruskan Membaca“Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit menghilangkan diri dipercayai kerana perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang sejak Rabu lepas selepas keluar dari rumahnya.
Polis menerima satu laporan berkaitan orang hilang daripada seorang suri rumah iaitu wanita berusia 34 tahun yang mengatakan anaknya masih belum pulang dari sekolah selepas dikatakan pergi ke sekolah dengan menaiki bas.