Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan pada petang semalam.
Berita pemergian Allahyarham yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya meninggal dunia pada pukul 4.46 petang.
Teruskan Membaca“Bapa saya dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu kerana bacaan gula dalam darah yang tinggi.
“Sepanjang dirawat, bacaan gula dalam darah turun naik. Pada pukul 4.46 tadi doktor mengesahkan bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.
Daud Kilau, 85, sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. -KL Viral
Baca juga: