Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengadakan perbincangan telefon lewat malam tadi bagi membincangkan situasi terkini di Gaza.
Dalam perbualan itu, Anwar menzahirkan kebimbangan terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh rejim Zionis Israel yang disifatkan sebagai cubaan melengahkan usaha perdamaian.
Teruskan MembacaBeliau menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menyokong inisiatif kemanusiaan dan menamatkan penjajahan Israel di bumi Gaza.
Malaysia tetap teguh mendokong setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza, katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Anwar berkata perbincangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan memastikan sokongan antarabangsa terhadap Gaza kekal kukuh dan berkesan.