Hampir satu juta kenderaan dijangka menghala ke Pantai Timur menggunakan Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), bermula hari ini, sempena cuti perayaan Deepavali.
Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 692,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh bermula hari ini sehingga Isnin ini.
Teruskan MembacaKatanya, ia bersamaan peningkatan sebanyak 73 peratus dari jumlah purata trafik harian biasa.
“Selain itu, jangkaan jumlah aliran trafik di LPT1 pula dijangka sebanyak 284,000, bersamaan peningkatan peratusan sebanyak 58 peratus daripada jumlah aliran purata trafik harian biasa.
“Oleh itu, ANIH Berhad membuat persediaan dengan menambah bilangan kakitangan sokongan lebih daripada 60 peratus, membabitkan petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) sepanjang tempoh berkenaan, termasuk bersedia membuka laluan tambahan tol sekiranya perlu.
“Selain itu, seramai 150 anggota RELA akan ditempatkan di kawasan strategik di seluruh lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik.
“Seperti yang diumumkan kerajaan, tol percuma sempena perayaan Deepavali akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam ini dan berakhir pada pukul 11.59 malam Ahad,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Imran Gulcharan berkata, ANIH Berhad, sebagai pengendali Lebuhraya KLK dan LPT1 juga sudah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) membabitkan tempoh bermula hari ini sehingga Isnin ini, bagi membantu pengguna jalanraya merancang perjalanan mereka.

Baca juga: