Terkini

Tambang percuma sehala Komuter utara dari tiga stesen selama dua hari

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tambang percuma sehala selama dua hari untuk pengguna KTM Komuter Utara dari stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang dan stesen perantaranya bermula Sabtu ini, bersempena pengoperasian laluan baharu berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan itu melalui KTMB, turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.

“Bagi mempromosikan dan menggalakkan lagi inisiatif tersebut, Kementerian Pengangkutan, kerajaan negeri dan KTMB, bersetuju menawarkan pemberian tambang percuma sehala selama dua hari pada 16 dan 17 Sept.

“Tawaran perkhidmatan percuma selama dua hari ini terhad bagi perjalanan sehala hanya dari tiga stesen yang baharu iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan KTMB hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan KTM Komuter Utara laluan Butterworth ke Padang Rengas ke stesen Ipoh itu, akan membawa impak positif kepada Perak termasuk merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan dalam negeri.

Saarani berkata sinergi antara tiga pihak itu bakal diteruskan, bagi merancakkan industri pelancongan rail tourism terutamanya dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024, melalui pelbagai perancangan yang giat diatur untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

Pelbagai

Scroll to Top