KDN Siasat Sin Chew Daily Siar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan terhadap Sin Chew Daily, susulan tindakan menyiarkan Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap tanpa simbol bulan sabit di muka depan keluaran akhbar itu semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KDN kesal dengan insiden tersebut serta menyifatkan ia isu serius kerana melibatkan penerbitan lambang rasmi negara dalam keadaan yang tidak sempurna, sekali gus menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?