PENCIPTA kandungan dan usahawan, Qisthena yang memiliki jenama tudungnya yang sendiri, Qisthenadi menerima kecaman dari warganet setelah membuat kenyataan jenamanya sudah meletakkan hak cipta (copyright) keatas rekaan square shawl bercorak berbentuk ‘L’.
Dalam video yang tular berkenaan Qisthena berkata tudung rekaan berkenaan telah dituntut hak cipta olehnya maka penjual lain tidak boleh menjual bawal shawl bercorak berbentuk ‘L’.
Teruskan Membaca“Sesiapa yang menjual square shawl printed berbentuk ‘L’ selepas ini boleh dikenakan tindakan dengan cara peguam saya akan menghubungi penjual untuk memberhentikan penjualan tersebut.
“Kalian boleh menjual bawal shawl, tetapi tidak boleh berbentuk ‘L’, sebab ia adalah hak milik Qisthenadi,” katanya dalam video yang tular tersebut.
Meskipun video tersebut sudah dibuang dari laman TikTok miliknya, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan menyatakan sikap Qisthena yang mementingkan diri sendiri di samping meninggalkan komen berkata rekaan bentuk ‘L’ tersebut sudah lama ada sebelum jenama Qisthenadi wujud lagi.
“Terpaling copyright (hak cipta). Bukan main banyak kali dia sebut copyright tu, maaf tak pernah minat dia,” komen Karimah Amshah.
“Mahalnya tudung dia, patutnya tudung labuh janganlah jual mahal-mahal, barulah orang tertarik dan rasa nak pakai labuh-labuh,” kata Mydah18.
“Fikirlah orang lain juga. Kalau ada founder yang dah restock jenis bentuk tudung yang sama macam kau beribu-ribu helai kau nak suruh mereka buat apa? Kenduri? Ada yang dah lama jual jenis tudung macam itu, datang kau claim orang pertama yang buat. Tak fikir periuk nasi rezeki orang lain ke?” kata Strawberrysoyya.
Namun, turut wujud perdebatan antara warganet mengatakan bahawa fesyen tidak boleh dihak cipta dan menyatakan Qisthena keliru antara hak cipta dan paten.
Menurut lama web Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), hak cipta adalah untuk melindungi karya seni, sastera atau intelektual yang dicipta manakala paten adalah hak eksklusif yang diberikan untuk penemuan yang boleh memberikan pendekatan baru kepada masalah atau penyelesaian teknikal baru.
Warganet berkata sekiranya Qisthena mahu menuntut rekaan ‘L’ tersebut, ia sepatutnya jatuh kepada paten namun dirinya juga bukan pencipta rekaan bentuk ‘L’ berkenaan.
Qisthena enggan mengulas lanjut mengenai isu ini dan hanya memilih untuk berkata dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi melindungi perniagaannya. — KL Viral
Baca juga: