DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Warga Asing di sekitar Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur serta Jalan Sentul Raya, Sentul Boulevard pada Rabu.
Menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu, membuat lapan tindakan sita seluruh peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.
Teruskan MembacaSementara itu, antara barangan dan peralatan yang disita adalah seperti motosikal roda tiga, sireh, jagung, sayur campur dan lain-lain.
Semua peralatan itu telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
— KL Viral
Baca juga: