DALAM usaha menjamin kesejahteraan dan keharmonian warga kota, kerajaan sentiasa cakna dengan keselamatan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata demikian dalam satu sesi perjumpaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat.
Teruskan MembacaMenurutnya, perbincangan itu tertumpu kepada isu keselamatan dan kesesakan jalan raya yang berlaku di Kuala Lumpur (KL).

“Saya mulakan perjumpaan dengan memberi sedikit penerangan berkenaan visi Wilayah Persekutuan iaitu Bandar CHASE, di mana salah satu elemennya adalah ‘Safe City’, di mana keselamatan dalam konteks Jabatan Wilayah Persekutuan adalah ketenteraman awam dan bencana.
“Dalam usaha untuk menjamin keselamatan warga kota, anggota polis sentiasa bertugas dan meronda di sesetengah lokasi di pusat bandar seperti Bukit Bintang, KL Sentral dan KLCC bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut terkawal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebok miliknya.

Sementara itu, beliau berkata, selain penempatan anggota keselamatan, penggunaan CCTV dan ‘command centre’ juga merupakan antara kaedah berkesan.
Ujarnya, antara perkara yang disepakati dalam sesi perjumpaan tersebut adalah untuk mencari jalan usaha bagi memperbanyak CCTV untuk tujuan kawalan keselamatan di seluruh Kuala Lumpur serta keperluan guna sama CCTV di antara DBKL, PDRM dan pihak swasta untuk pemantauan yang lebih berkesan.
Turut hadir, pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan, Ketua Polis KL dan wakil Majlis Keselamatan Negara KL.
Baca juga: