Gelagat seorang penghantar makanan dengan spontan meminjam RM100 daripada jutawan tanah air, Tan Sri Vincent Tan menarik perhatian ramai penonton TikTok.
Video ini dapat ditonton di TikTok miliknya @emychachacha.
Teruskan MembacaDia yang juga seorang pempengaruh media sosial menceritakan bagaimana dia berjaya mendapatkan sekeping wang kertas RM100 daripada pengasas Berjaya Corporation Berhad itu.
Ceritanya, semasa datang ke kedai dia telah berjumpa dengan seorang lelaki yang pernah dilihatnya. Tetapi semasa itu dia tidak tahu nama individu tersebut.
“Korang nak tahu tak, tadi aku datang balik kedai semalam (baru-baru ini) yang aku tak bayar minuman dia.
“Sebelum sampai ke kedai tu, aku terkejut jumpa seorang ‘uncle’ (Vincent Tan) ini. ‘Uncle’ tu aku pernah nampak sebelum ini tapi aku tak ingat.
“Lepas tu aku saja cakap nak pinjam seratus, dia bagi aku RM100. Rezeki aku,” katanya sambil menunjukkan sekeping wang kertas RM100. Difahamkan, ketika itu sebenarnya Tan Sri Vincent Tan hadir bagi merasmikan sebuah premis kedai di sana.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 78.9K likes dan 728 comments di TikTok.