“Janji Manis Je, Tapi Duit Tak Masuk!” – Bekas Staf Dakwa Pelakon PopularTak Bayar KWSP

Seorang pelakon wanita terkenal yang kini mengusahakan bisnes tudung yang hangat
diperkatakan selepas bekas staf mendakwa tidak menerima caruman KWSP sejak
setahun lalu.

Menurut seorang bekas pekerja yang mahu dikenali sebagai Yati, dia dan rakan-rakan
lain pernah dijanjikan bahawa bayaran KWSP akan dilangsaikan, tetapi hingga kini satu
habuk pun tak dapat!

“Masa mesyuarat, semua janji manis. Katanya nak bayar KWSP bulan November tahun
lepas, tapi sampai sekarang tak masuk pun,” katanya kepada mStar.

Yati mendakwa dia sudah diberhentikan sejak April dengan alasan syarikat
menanggung hutang yang banyak dan tidak mampu bayar gaji serta caruman.

Malah, alasan itu disokong oleh laporan syarikat di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Mereka kata dah takde duit, syarikat banyak hutang. Jadi layak untuk buang pekerja.”
Lebih mengecewakan lagi apabila Yati minta penjelasan, pihak syarikat hanya suruh
buat laporan ke KWSP, namun tiada tindakan konkrit pun.

“Saya dah dua kali buat laporan di KWSP Kwasa Damansara, tapi baru dapat surat
pengesahan aduan. Kawan-kawan yang buat laporan di cawangan lain dah pun dapat
tunggakan mereka.”

Yati menganggap ini jalan terakhir untuk mendapatkan keadilan setelah penat
menunggu janji yang tidak ditepati.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?