PEMPENGARUH terkenal, Cik Epal akhirnya mengesahkan bahawa perkahwinannya dengan suami, Jofliam, telah berakhir.
Melalui satu hantaran di Instagram, dia memaklumkan bahawa mereka sah bercerai setelah menjalani kehidupan bersama selama satu dekad.
Teruskan MembacaCik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, menegaskan bahawa perceraian ini adalah takdir yang diterima dengan hati terbuka.
Jelasnya, walaupun keputusan ini sukar, dirinya bersyukur atas kenangan dan pengalaman yang dikongsi bersama sepanjang perkahwinan mereka.
“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.
“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.
“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tidak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Hubungan mereka mula meraih perhatian warganet apabila terdapat khabar angin bahawa rumah tangga mereka bergolak.
Spekulasi ini semakin hangat apabila terdapat dakwaan bahawa Jofliam atau Jofli Abu Bakar terlibat dalam skandal curang ketika percutiannya di Jepun.
Meskipun begitu, Cik Epal tidak menjelaskan secara terperinci punca sebenar perceraian sebaliknya memilih untuk tidak membuka lebih banyak isu peribadi kepada umum.
Dia menekankan bahawa apa yang berlaku adalah urusan keluarga yang perlu dihadapi dengan tenang.
Untuk info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sementara itu, Jofliam menerusi Instagram Story miliknya, memaklumkan bahawa dirinya telah menyelesaikan segala tanggungjawab dan berharap agar semua warganet kekal tenang dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang tidak henti memberikan sokongan moral. — KL Viral
Baca juga: