AKTOR terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya mengesahkan perceraiannya dengan isteri, Paula Verhoeven, semalam.
Berita mengejutkan ini disahkan melalui kenyataan peguamnya.
Teruskan MembacaMenurut laporan CNN Indonesia, Muhammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai, Baim Wong, 43, pernah mencipta nama di Malaysia telah mengemukakan permohonan cerai di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Dipercayai, krisis rumah tangga mereka menjadi topik perbualan hangat di Indonesia, terutama selepas bekas isterinya pergi menunaikan ibadah umrah tanpa kehadiran Baim baru-baru ini.
Desas-desus mengenai perpisahan semakin kuat apabila pasangan ini dilihat jarang tampil bersama di acara-acara penting sejak kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, Baim mahupun Paula belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai status perhubungan mereka.
Terdahulu, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Kiano, 3 tahun dan Kenzo yang kini berusia 2 tahun.
Baca juga: