IBU tunggal tidak kuat apabila terpaksa berdepan dengan takdir dimana dua cahaya matanya meninggal dunia akibat kemalangan.
Lebih menghibakan, Noriza Ujak, 40, melihat sendiri nahas yang membabitkan anaknya merempuh tong sampah roro berwarna biru dan menyebabkan mereka terpelanting.
Teruskan MembacaMenurutnya, ketika kejadian dia mengekorinya mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya.
Dalam kejadian itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Baca juga: