Utama

Berita

Ingat semua ini bila mahu marah anak:

Anak-anak akan membesar, jadi matang dan jadi dewasa. Dia tidak akan perlukan kita lagi seperti mana dia perlukan kita ketika dia kecil.  Apabila sudah membesar:

1. Anak-anak tidak lagi mahu dipeluk dan dicium oleh kita.

2. Anak-anak sudah tidak perlukan bantuan kita.

3. Anak-anak sudah tidak mahu bermanja lagi.

4. Anak-anak sudah tidak mahu dilayan seperti budak oleh kita.

5. Anak-anak lebih perlukan kawan daripada ibu bapa sendiri.

6. Anak-anak akan kurang bercerita dan tidak lagi berkongsi cerita dengan kita.

7. Ada beberapa perkara dia akan mula menyalahkan kita. 

8. Anak-anak secara perlahan-lahan akan jauh dari kita.

9. Anak-anak lebih sibuk membina kerjaya daripada sibuk bertanya khabar kita.

10. Anak-anak lebih sibuk membina kehidupannya, berbanding menghabiskan masa bersama kita. 

Jadi, ingatilah semua perkara ini disaat kita rasa mahu menghamburkan rasa marah pada anak-anak yang sering menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Disaat dia masih kecil cipta banyak momen manis bersamanya berbanding momen-momen yang kita bakal kesali.

Terkini

Scroll to Top