PEMPENGARUH terkenal berasal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed baru-baru ini melanjutkan siri jelajah Asia Tenggara di Singapura dan mencuba burger yang dibuat oleh penduduk tempatan di sana.
Walaubagaimanapun, reaksi yang diberikan oleh IShowSpeed atau lebih gemar dipanggil Speed itu menimbulkan persoalan di kalangan warganet di Malaysia.
Teruskan MembacaMenerusi hantaran video di aplikasi TikTok menunjukkan Speed sekali lagi diminta untuk mencuba burger yang ditawarkan oleh penduduk tempatan (Singapura).
Berdasarkan pemantauan KL Viral, Speed mencuba burger tersebut, namun selepas satu gigitan, dia mengambil masa yang lama untuk memberi jawapan tentang keenakan burger itu.
Rata-rata netizen memberi komen berkenaan reaksi Speed kurang berminat dengan burger itu tetapi lebih menyukai burger Ramly di Malaysia serta lebih ‘ikhlas’ memberi pujian.
“Nampak macam dia kurang berminat. Tengok reaksi dia berbanding dengan burger Ramly,” komen GshockMan.
“Dah jelas yang dia tidak menyukainya, burger Ramly dia makan sampai habis,” kata OG.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menempelak komen-komen tersebut dan menyokong penjual burger tersebut.
“Ada orang yang dalam komen ni tak pandai tafsir aura Speed. Speed memang dah bagitahu yang dia akan bagi HONEST REVIEW. Bila dia kata burger tu sedap, maksudnya memang sedap,” jelas fading.away.soon.
“Wow menarik! Tak sabar nak cuba burger ni,” kata MummyHappyLoots. — KL Viral
Baca juga: