PERALIHAN sokongan beberapa ahli pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti memberi bayangan bahawa mereka mula hilang keyakinan terhadap parti sendiri sekali gus memilih untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, beliau percaya akan ada lebih ramai yang akan menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan manakala kumpulan yang menaburkan jani palsu tidak menjadi kenyataan.
Teruskan Membaca“Mereka diberikan harapan, walaupun saya katakan atap ini bukan atap rumbia, tetapi atap konkrit. Dari Dubai ke London dan mereka lupa, atap konkrit lebih tebal.
“Apabila harapan terhakis, Ahli Parlimen yang dijanjikan perubahan akan berlaku ini, seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka,” katanya dalam ucapan perasmian penutup di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh baru-baru ini.
Dalam pada itu, turut hadir bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.
Justeru itu, Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kestabilan Kerajaan Perpaduan termasuk gabungan dari Sabah dan Sarawak adalah kukuh dan pihak yang sentiasa cuba menggugatnya perlu menerima kenyataan gabungan itu akan kekal sehingga ke akhir penggal.
Baca juga: