SALAH satu kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pelbagai agensi awam, swasta dan persendirian bagi tujuan aktiviti dan kandungan (content) adalah penyewaan lokasi pengambaran.
Penyewaan lokasi tersebut disediakan bertujuan untuk memudahkan perjalanan pengambaran mahupun lalu lintas supaya tiada sebarang konflik atau ganggunan bagi pengunjung untuk ke lokasi tersebut.
Teruskan MembacaBerikut senarai lokasi penyewaan pengambaran yang memerlukan kebenaran DBKL ialah River Of Life, Kuala Lumpur serta kawasan berdekatan dengannya seperti:
- Plaza BSAS, Jalan Raja (P7)
- Laman BSAS, Jalan Raja (P7)
- Plaza Guiding Gallery, Leboh Pasar Besar (P7)
- Plaza Benteng, Jalan Benteng (P7)
- Confluence Guiding Gallery & Bridge (Pakej 3A3B)
- Tiong Nam Park (Pakej 3A3B)
- Southern Gateway Guiding (Pakej 4A4B)
- Community Guiding Gallery (Pakej 4A4B)
River of Life KL adalah sebuah projek transformasi sungai di pusat Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai tarikan utama dan ciri estetik yang memikat pengunjung. Pada waktu malam, lampu pelbagai warna menghiasi kawasan tersebut, malah, kawasan itu mempunyai sejarah yang tersendiri.
Seterusnya, kawasan Jejak Warisan (Heritage Trail) seperti:
- Jejak Pahlawan (HT2) Plaza Bank Muamalat
- Jejak Pahlawan (HT 5) Bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen
- Jejak Pahlawan (HT 5) Astaka, Jalan Parlimen
Kesemua lokasi penyewaan yang diluluskan oleh pihak berkenaan boleh meneruskan aktiviti atau program yang dirancang.
Antara aktiviti yang terlibat seperti kebudayaan, kesenian, pengambaran komersil, dramam filem, pameran dan jualan termasuk sebarang program pelancaran mahupun perasmian serta perhimpunan awam (perarakan).
Layari www.dbkl.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan. — KL VIRAL
Baca juga: