Terkini

Dynas Mokhtar terkilan duit dalam bank hampir RM30,000 lenyap

PELAKON Dynas Mokhtar meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan wang simpanan di salah sebuah institusi perbankan hilang secara tiba-tiba.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon terbabit dalam satu video yang dimuat naik di Instagramnya pada Selasa.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pelakon terbabit sekali gus membuka kertas siasatan.

“Sebanyak 11 transaksi dibuat mulai 8 Januari hingga 12 Januari lalu yang dibuat tanpa pengetahuan mangsa berjumlah RM29,313.20.

“Mangsa membuat laporan polis menafikan dan menyatakan bahawa tidak pernah memberikan butiran peribadi perbankan kepada mana-mana pihak ketiga atau menerima sebarang pesanan ringkas nombor OTP (one time password) bagi kesemua transkasi tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Capaian Tanpa Kuasa).

“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut memberitahu, sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan boleh hubungi talian Hotline Polis Brickfields 03 229 7922, Hotline Polis Kuala Lumpur 03 2146 0584/0585.  

Sebelum ini, Dynas memuat naik video di Instagram mendakwa hampir kesemua wang simpannya hilang ketika ingin membuat pembayaran gaji pengurus. — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top