AHLI kumpulan Dolla, Sabronzo menafikan dakwaan bahawa dirinya menjalinkan hubungan dengan seorang ahli politik.
Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli berkata demikian selepas tular sebuah klip video memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit.
Teruskan MembacaSabronzo turut menyatakan ia adalah fitnah dan dia tidak pernah mengenali malah, mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik dalam negara.
“Saya tidak mengenali individu yang dimaksudkan dan saya juga tidak melihat video yang tular itu.
“Wanita dalam video itu bukan saya, saya memang tiada apa-apa hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia maka, 100 peratus ia bukan saya,” katanya.
Sebelum ini, tular klip video yang memaparkan seorang wanita kelihatan seperti Sabronzo memasuki sebuah premis bersama seorang individu lelaki yang didakwa merupakan seorang ahli politik.
Namun, Sabronzo turut berkata ramai orang membuat spekulasi bahawa wanita dalam video tersebut adalah dirinya kerana mereka mempunyai gaya dan rupa yang sama.
Dia turut menyatakan buat masa kini, dia hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier nyanyian dan tidak akan teragak-agak untuk membuat pengumuman sekiranya dia bercinta dengan mana-mana lelaki.
“Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok. Namun buat masa sekarang, saya masih belum ada,” tambahnya. — KL Viral
Baca juga: