Terkini

Ayuh dalam Pertandingan Solekan Raya anjuran DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Pertandingan Solekan Raya sempena Program Teh Hijau Kuala Lumpur pada Sabtu depan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Terdapat banyak hadiah menarik berbentuk wang tunai menanti para pemenang antaranya RM200 (tempat pertama), RM170 (tempat kedua), RM140 (tempat ketiga) dan 11 hadiah saguhati sebanyak RM60 setiap satu.

Pertandingan tersebut bermula pada pukul 2 petang hingga 3.30 petang.

Antara syarat penyertaan pertandingan tersebut ialah peserta mestilah warganegara Malaysia dan perlu berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

Peserta juga perlu membawa model dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun sendiri untuk disolek.

Penyertaan kepada pertandingan ini juga adalah percuma dan pendaftaran penyertaan ini boleh diberi melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-6962054 (Cik Nana). — KL Viral

Syarat-syarat pertandingan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top