Seorang penumpang lelaki dipercayai warga asing bertindak di luar jangkaan apabila membuang air besar di tempat duduk dalam sebuah bas persiaran.
Menerusi perkongsian klip video di media sosial isu semasa viral, memaparkan kejadian tersebut ketika pemandu bas berkenaan membuat pemeriksaan.
Teruskan MembacaVideo berdurasi 23 saat itu turut merakam perbualan pemandu yang mengarahkan lelaki terbabit untuk membersihkan tempat duduknya yang dipenuhi dengan najis.
Bagaimanapun, arah perjalanan dan destinasi bas berkenaan tidak dapat dipastikan.
“Aku bawa mu (kamu) jauh-jauh, mu (kamu) berak dalam bas. Mana tahi mu (kamu) buang. Habis seluar mu (kamu) kena. Basuh kerusi itu,” katanya kepada penumpang terbabit.
Menjengah ruang komen, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu yang bertindak sedemikian selain mewajibkan pemandu bas untuk berhenti lebih kerap bagi keselesaan penumpang.
“Tolong lah pihak berkuasa ambil tindakan kepada individu yang buang air kecil atau besar bersepah,” ujar Arif.
“Ini yang aku tak suka naik bas. Tiada tandas. Kali terakhir naik bas pergi Johor Bahru dari Terminal Bas Selatan dulu. Lebih 20 kali pergi tandas sebelum bas bertolak,” kata Azhar.
“Kita tak boleh salahkan penumpang sebab kebanyakan sikap pemandu bas sendiri berkeras tak nak berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R).
“Pernah sekali aku tak tahan kencing minta dia berhenti, pemandu tak nak sebab dah nak sampai. Dua jam lagi baru sampai kot,” jelas Hasif. – KOSMO! ONLINE
Baca juga: