Terkini

Pengidap Insomnia boleh cuba 5 cara ini untuk tidur dengan mudah

MENGALAMI kesukaran untuk tidur bermaksud anda mengalami simptom insomnia. Walaupun insomnia bukan sejenis penyakit namun, anda tidak boleh memandang rendah terhadap kesannya.

Insomnia yang kronik boleh menyebabkan anda gelisah, cepat mengantuk, mudah hilang fokus dan melemahkan imunisasi badan. Tidur amat penting bagi kita lebih-lebih lagi kepada remaja.

Bagi sesiapa yang mempunyai kesukaran untuk tidur, KL VIRAL senaraikan bagaimana untuk mengawal insomnia:

1. Elakkan pengambilan kafein

Pengambilan kafein yang banyak dalam makanan akan memberikan kesan kepada tidur kita kerana ia akan merangsang otak. Elakkan mengambil makanan atau minuman kafein seperti teh atau kopi sebelum tidur, seeloknya 4-5 jam sebelum tidur.

2. Jangan memaksa diri untuk tidur

Cuba dengarkan lagu/muzik atau bangun dan membaca buku supaya boleh merangsang rasa mengantuk. Jika anda paksa untuk tidur, semakin susah untuk tidur.

3. Lakukan senaman yoga ringan

Senaman yoga ringan selama 15 minit seperti regangan tangan dan bahu dapat mengurangkan tekanan. Walau bagaimanapun, jangan bersenam sebelum tidur kerana senaman yoga boleh merangsang badan menyebabkan kesukaran untuk tidur.

4. Jauhi sebarang skrin elektronik ketika mahu tidur

Sudah menjadi kebiasaan penggunaan alat elektronik, contohnya, telefon bimbit untuk melihat media sosial sehingga tidak sedar sudah beberapa jam mata hanya memandang ke atas skrin telefon.

Adakah anda tahu bahawa cahaya biru dari skrin elektronik ini akan menghentikan tubuh anda daripada melepaskan hormon tidur iaitu melatonin? Maka, hindari peralatan elektronik pada waktu malam ketika mahu tidur.

5. Berhenti memikirkan perkara negatif

Perkara negatif seperti masalah kerja, masalah keluarga, masalah rakan-rakan, kewangan dan sebagainya boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur dengan aman kerana terlalu asyik memikirkannya. Hentikan pemikiran negatif ini ketika mahu tidur, kalau boleh biarlah kita tidur dalam keadaan tenang dan memerah otak.

Boleh cuba untuk bermeditasi dan melupakan semua urusan anda pada siang hari, legakan minda dan badan supaya anda boleh tidur dengan baik.

5 cara mengawal Insomnia di atas sekurang-kurangnya dapat membantu anda serba sedikit dalam memulihkan waktu tidur anda.  KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top