SEORANG lelaki dituduh telah menikam jiran sebelah rumahnya kerana tidak tahan mendengar dengkuran yang kuat menerusi dinding bersebelahan rumah mereka baru-baru ini.
Lokasi kejadian berlaku di pinggir bandar Philadelphia, Christopher James Casey, 55, telah didakwa menyebabkan kematian, Robert Wallace, jirannya dengan melakukan beberapa tikaman terhadap mangsa.
Teruskan MembacaWallace ditemui mati di tempat kejadian dengan kesan beberapa tikaman di dada mangsa.
Menurut Polis Upper Moreland Township dan Pendakwa Raya Montgomery County, kejadian bermula daripada Wallace, 62, telah menangalkan skrin tingkap di rumah Casey dan membuka tingkap tersebut kerana tidak berkunci ketika Casey sedang makan malam pada Ahad lalu.
“Selepas itu, mereka ada bersemuka antara satu sama lain untuk berkomunikasi tentang isu (dengkuran) tersebut. Keadaan menjadi tegang, Casey berang dan terus menikamnya di dada dengan pisau besar gaya tentera.
“Menurut siasatan juga, ketika Wallace ditikam oleh Casey, dia tidak membalas ancaman Casey dan kejadian itu berlaku di hadapan pintu rumah Casey sahaja,” katanya, memetik laporan, APNews.
Susulan itu, Casey yang telah ditahan memberi keterangan bahawa mereka berdua mempunyai masalah peribadi sejak setahun yang lalu. Masalah antara mereka melibatkan beberapa aduan polis telah dibuat oleh penduduk sekitar tentang pertengkaran mereka.
Salah satu aduan yang diterima oleh pihak polis adalah aduan Wallace terhadap dengkuran kuat oleh Casey. Pihak penyiasat polis, mengambil keterangan Casey ketika ditemu bual pada malam Ahad di Hospital Abington .
Baca juga: