BEKAS suami Cik Epal, Jofliam mendakwa bahawa Cik Epal tidak menghormati tempoh iddah, satu tempoh penting bagi wanita Muslim selepas perceraian untuk menjaga maruah dan muhasabah diri.
Menurutnya, bekas isterinya itu gagal menjaga maruah apabila ada pihak netizen yang cuba ‘kenenkan’ dia dengan pelakon yang baru sahaja bercerai, Fattah Amin.
Teruskan MembacaDalam rantaian IG story tersebut, Jofliam yang kini sedang bercuti bersama dua anaknya, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Cik Epal yang menurutnya tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?” katanya.
Tambahnya lagi, sejak perceraian, Cik Epal didakwa meninggalkan anak-anak tanpa memberitahu ke mana dia pergi, sekaligus mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dalam tempoh iddah.
“Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain,” tegas Jofliam.
Walaupun begitu, Jofliam menolak dakwaan bahawa tindakannya berpunca daripada rasa cemburu terhadap kehidupan bekas isterinya selepas perceraian.
Tidak berdiam diri, Cik Epal menerusi hantaran di akaun Instagramnya @cikepal06 membidas teguran Jofliam. Dalam posting tersebut, Cik Epal membalas dengan nada sindiran mengenai dakwaan bekas suaminya itu.
“Ada pengarah nak jadikan aku pelakon lah, cameo lah. Aku ok je nak accept. Brand yang nak ajak collab boleh je DM, tapi aku akan beraksi after habis iddah ok. Kang duda aku meroyan pulak cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendonia,” tulisnya.
Baca juga: