PENGASAS dan jurusolek yang dikenali dengan nama Syedewa mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu mengeluarkan saman kepadanya selepas didakwa tidak memakai tali pinggang keledar.
Menurutnya, pihak polis berkenaan dianggap tidak profesional dalam melakukan tanggungjawabnya sebagai polis.
Teruskan Membaca“Polis tahan saya lepastu nak keluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar. Saya cakaplah yang saya memang memakai tali pinggang. Dia mengatakan kawannya melihat bahawa saya tidak memakai tali pinggang itu dan ketika dalam perjalanan baru saya mula memasang tali pinggang.
“Saya cakap lah, kalau betul saya tak pakai maka kemukakan la bukti yang saya tak pakai. Polis itu turut mengatakan kalau nak lawan, bawa kes ini pergi mahkamah. Apa yang hamak sangat PDRM ni?
“Lepastu kawan dia datang, cakap nak keluarkan saman. Saya cakaplah kereta saya ni kalau tak pakai nanti dia akan berbunyi bising, lepastu boleh pula dia balas ‘hmm tu lah tu’ lepastu dia lepaskan je.
“Masalahnya, boleh je saman-saman macam tu main tengok-tengok dan teka-teka lepastu siap suruh pergi lawan dekat mahkamah pasal isu ni. Apa kebenda PDRM ni?” katanya menerusi satu hantaran di laman X semalam.
Mengintai di ruangan komen, rata-rata warganet mengungkapkan itu merupakan taktik peras ugut yang sudah dinormalkan dalam kalangan polis di Malaysia.
“Sebenarnya nak peras ugut. Mereka ini gaji dan kedudukan nombor dua dalam perlembagaan Tak berkongsi dengan perkhidmatan lain. Ada faedah dan kelebihan , penjawat awam pun tak dapat seperti mereka. Nota kaki : sesetengah beri anak isteri makan duit peras ugut, gertak, takutkan orang awam. Mana tak perangai anak isteri macam jin ifrit,” kata Sauffie84
“Biasanya this is a cubaan pau bro. Banyak orang akan goyang bila dia cakap ‘mahkamah’ so bila dia tengok orang tu dah resah dia akan buka cara lain untuk ‘selesai sana’ Biasanya kalau dia serius nak saman dia takkan guna ayat ‘mahkamah’ dia akan isu lepas tu terus suruh jalan. tak ada borak-borak,” ujar therealashvin
“Aku pernah kena tahan dengan polis Slim River masa sekatan jalan raya (roadblock), polis tu cakap aku bawa laju. Padahal masa tu aku bawa santai-santai je. Rupanya dia nak buat duit tepi. Memang aku haramkan la duit tu, masa tu aku pun belajar lagi,” kata pluxios
Baca juga: