“‘Copy paste ke?’ – Netizen tuduh Dewi ciplak gaya Cik Epal”

Sejak akhir-akhir ini, nama Dewi isteri kepada usahawan piza terkenal, Jofliam hangat jadi perbualan netizen selepas pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 5 April lalu.

Terbaru, kecoh di platform Threads apabila seorang pengguna, @Halina Kamaludin, mendakwa Dewi seolah-olah ‘meniru’ gaya penampilan influencer popular, Cik Epal yang juga bekas isteri Jofliam. Dari lilitan tudung hinggalah padanan warna baju, semuanya dikatakan seakan copy-paste!

Dalam perkongsian tersebut, netizen tampil dengan beberapa perbandingan gaya antara Dewi dan Cik Epal dan hasilnya memang sebijik . Bukan sekadar fesyen tudung dan pilihan warna baju, malah cara Dewi bergambar pun dikatakan seakan-akan ‘copy paste’ Cik Epal.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?