Beberapa minggu yang lalu kecoh di media sosial mengenai kemelut rumah tangga dihadapi pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega yang secara terbuka membuat pengakuan dirinya sudah bernikah satu lagi.
Pengakuan tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan sekaligus bersimpati dengan Aisyah kerana disifatkan sudah memberikan yang terbaik untuk rumah tangganya bersama Alif.
Teruskan MembacaTerbaharu, tular satu video memaparkan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan ahli politik iaitu Nurul Izzah datang bertemu Aisyah sewaktu Selangor International Book Fair yang berlangsung di Shah Alam.
Dapat dilihat bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memeluk erat sebelum memberikan sedikit kata-kata semangat buat Aisyah.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Nurul Izzah. Mereka juga menitipkan ucapan terima kasih kepada ahli politik kerana mewakili warganet memberikan sokongan buat Aisyah.
Baca juga: