SEORANG pengguna media sosial tular apabila meninggalkan komen yang dianggap tidak menghormati kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia berkait sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 pada Sabtu lalu di Putrajaya.
Pengguna media sosial yang menggunakan nama Wuxia Meng meluahkan rasa kurang senang kerana ucapan ‘SELAMAT DATANG’ yang dipaparkan ketika Hari Kebangsaan Ke-67 lalu menggunakan lebih dari satu bahasa.
Teruskan MembacaMenurutnya, cukup hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walaupun dia merupakan bangsa Cina.
“Walau saya bangsa Cina, pada saya tak perlu papar pelbagai bahasa ucapan ‘SELAMAT DATANG’, cukup sahaja Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.
“Mengapa mesti nak letak lain-lain bahasa? Sendiri yang cari masalah sebenarnya,” luahnya di media sosial miliknya.
Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya buat warganet kerana Malaysia adalah sebuah negara perpaduan yang mempunyai pelbagai bangsa.
Dalam masa yang sama, paparan tulisan yang dipersembahkan ketika sambutan gilang-gemilang itu menunjukkan bahawa negara mempunyai masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang pelik malah, ada yang berasa berang dengan kata-kata Wuxia berkenaan penggunaan pelbagai bahasa itu.
“Membahagi dan kemudiannya takluk satu negara, pelik,” kritik ibnhusain67.
“Arwah nenek saya elok je meniaga berbahasa Melayu, India dan Cina. Fasih Lagi. Awak yang baru hidup di Malaysia nak tunjuk pandai,” kata ArishClariemira.
“Kenapa benda tu pun nak trigger?” kata meatroll123. — KL Viral
Baca juga: