Tak ramai yang sanggup buat macam ni…
Syed Saddiq sumbangkan keseluruhan RM100,000 hasil jadi duta perfume jenama Dolcea – tanpa ambil sesen pun untuk diri sendiri! Semua disalurkan terus untuk bantu rakyat di Parlimen Muar.
Teruskan MembacaPendedahan itu dibuat oleh Bella Astillah dalam satu posting di Instagram:
“From Parliament to Perfume, now we’re making scents together,” tulis Bella.
“@syedsaddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 dari ambassadorship dengan Dolcea ke Muar.”
Yang menarik, ini bukan kali pertama Saddiq cari jalan alternatif. Sebelum ini, beliau jadi model baju Melayu semata-mata untuk kumpul dana selepas peruntukan Ahli Parlimen pembangkang disekat.
Netizen kagum dengan cara kreatif dan konsisten Saddiq bantu rakyat walaupun tak dapat dana rasmi kerajaan.
Pemimpin muda tapi semangat luar biasa!