PERSONALITI media sosial Islamik, Aisyah Hijanah dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga seorang pempengaruh Alif Teega.
Memetik laporan mStar, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari ini memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor pada Ogos lalu.
Teruskan MembacaWalau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.
“Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa. Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.
“‘Doakan saya, ujian saya sangat berat. Saya harap orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga saya dipermudahkan,” katanya pada Ahad.
Pasangan pempengaruh iaitu Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.
Pasangan ini kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Rumah tangga pasangan pempengaruh ini difahamkan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.
Baca juga: