PELAKON dan penyanyi Bella Astillah meraih perhatian peminat menerusi perkongsian dalam tip atau cara untuk menjejaki suami yang hilang.
Difahamkan, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, menyuarakan pandangannya itu sebelum dia ingin membuat persembahan pentas di sebuah acara.
Teruskan MembacaKatanya, cara untuk mencari suami yang hilang ialah dengan mencarinya di rumah kawan.
Baca juga: Puteri Aishah selamat lahirkan anak lelaki
“Mestilah risau jika suami hilang, tapi saya ada tip cara untuk cari suami hilang.
“Kalau suami hilang, carilah di rumah kawan,” ujarnya dalam sebuah video yang tular di TikTok.
Kenyataan Bella itu lantas mendapat sorakan dan tepukan daripada penonton yang hadir untuk melihat persembahan nyanyiannya.
Sebelum ini, Bella dan suami, Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kuala Lumpur bagi perbicaraan kes penceraian mereka.
Bagaimanapun, suami yang juga pelakon dan penyanyi itu enggan melepaskan dirinya selain mengakui masih sayangkan Bella dan anak-anak.
Baca juga: Ikut firasat dan ‘kata hati’ imam, umat Islam di Yogyakarta raikan Aidilfitri 5 hari lebih awal
Susulan itu, mahkamah memerintahkan pasangan selebriti berkenaan hadir bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. — KL Viral