HARI Raya Aidilfitri merupakan waktu untuk meraikan kemenangan golongan mukmin dan diraikan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Ia disambut sebagai hari kegembiraan bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, serta untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas rahmat dan petunjukNya.
Teruskan MembacaJusteru, bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini semua umat Islam hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Berikut dikongsikan sunnah Rasululla SAW yang boleh dijadikan amalan:
1. Menghidupkan malam
Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah SWT seperti melakukan solat, berzikir, membaca Al Quran, bertasbih, tahmid dan beristighfar
2. Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri
Tempoh mandi sunat ini bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat hari raya.
3. Mengemaskan diri
Mencukur bulu-bulu, mengetip atau memotong kuku serta merapikan janggut.
4. Memperbanyakkan Takbir
Takbir Aidilfitri boleh dibacakan bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.
5. Memakai pakaian yang terbaik
Walaupun digalakkan memakai pakaian terbaik, tidak semestinya memakai pakaian yang baharu.
Sebaliknya, pilihlah pakaian yang paling indah mengikut kemampuan, bersih dan tidak membazir.
6. Berwangi-wangian dan berhias
Pakailah wangian yang menyegarkan dan tidak mengandungi alkohol serta mesra solat.
7. Bersarapan
Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri.
8. Menunaikan Solat Hari Raya
Solat hari raya ialah sunat muakkad. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.
Begitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.
Oleh itu, jangan lupa menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim. Selamat Hari Raya! — KL Viral
Baca juga: