Nampaknya perjuangan panjang Fatin Afeefa akhirnya membuahkan hasil.
Pelakon ini meluahkan rasa syukur selepas mahkamah memutuskan bekas suaminya, Adam Shahz, perlu menaikkan bayaran nafkah untuk anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia. Bukan itu saja, Adam juga diarahkan untuk menanggung penuh yuran persekolahan anak mereka.
Teruskan MembacaSelepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah, keputusan dari Mahkamah Rendah Syariah Sepang ini memang beri kelegaan besar buat Fatin. Mana taknya, sebelum ini dia banyak tanggung sendiri keperluan anak, sekarang dah ada pembelaan yang sepatutnya dari pihak bapa.
Fatin sendiri ada kongsikan yang nafkah anak ni bukan sesuatu yang patut dipinta-pinta. Bagi dia, itu memang tanggungjawab yang wajib ditunaikan. Apa yang dia buat selama ini pun hanyalah untuk pastikan hak anak dia terjaga.

Kalau ikutkan, isu ini bukan baru. Sekitar tahun 2024, Fatin pernah mohon supaya nafkah bulanan dinaikkan daripada RM500 ke RM3,000 sebab jumlah lama dianggap tak mencukupi, termasuklah isu bayaran sekolah yang sebelum ini tidak ditanggung.
Lebih menyentuh, Fatin turut cerita dia dah lalui semua ini sejak dari mengandung lagi. Sekarang anak bongsunya pun dah berusia dua tahun, maknanya hampir tiga tahun jugalah dia berjuang di mahkamah demi masa depan anak.
Untuk rekod, Fatin dan Adam pernah berkahwin pada tahun 2013 sebelum berpisah empat tahun kemudian. Kini, Fatin sudah pun meneruskan kehidupan bersama keluarga baharunya.
Apa pun, kisah ini memang jadi peringatan, bila melibatkan hak anak, memang tak boleh ambil mudah. Yang penting, akhirnya perkara yang betul tu tetap akan berpihak pada yang sepatutnya.
















