Pelakon popular, Janna Nick akhirnya dapat bertemu semula dengan sahabat baiknya, Azar Azmi yang sebelum ini agak lama menyepi dari dunia seni.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Janna dilihat tak mampu menahan emosi bila berjumpa Azar. Walaupun jelas dia menahan sebak, Janna memilih untuk tidak bertanya apa-apa kepada rakannya itu.
Teruskan Membaca“Geram sebenarnya nak marah.. tapi aku tak nak menangis. Aku tak nak tanya kau apa-apa, hari ini kita makan je,” luahnya.
Dalam masa sama, Janna akui dia tahu Azar sedang melalui fasa yang penat dalam hidup, namun tetap kuat demi anak-anak.
Dia juga sempat menitipkan doa agar segala urusan sahabatnya itu dipermudahkan dan berharap Azar tidak akan ‘hilang’ lagi selepas ini.
“Janji jangan lari dan hilang lagi. Sayang kau,” katanya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut tersentuh melihat keakraban mereka berdua, malah ramai yang mendoakan agar segala urusan Azar dipermudahkan.
















